Followers

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Islamic Widget

Bulan Islam

Islamic Clock

Followers

*Borang kemasukan pendaftaran masuk ke prasekolah boleh didapati di kelas  Prasekolah

*Borang yang sudah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan surat  beranak anak, salinan kad pengenalan ibubapa / penjaga

*Hantar borang sebelum tamat tarikh pendaftaran iaitu 30 April.

* Borang yang lewat dihantar selepas tarikh tutup dianggap sebagai calon menunggu jika kuota sudah penuh


@Suria

















http://www.facebook.com/photo.php?id=100000364893814&pid=101966#



Jadual waktu P&P tahun ni semua berubah.Ikut KSPK yang terkini.Terasa kekok juga mula2 guna jadual ni tapi alhamdulillah ianya dapat diikuti dengan baik.

@Suria











Alhamdulillah akhirnya minggu orientasi yang dijalankan selama seminggu berakhir.Majlis penutupan ini disambut di dalam kelas secara sederhana sahaja.Antara jemputan yang dapat hadir pada majlis ini ialah guru besar En.Abd.Latip Ag.Besar,Ustaz Mohd.Yahdee dan Ustazah Nurlizah.

Pada majlis ini guru besar memberikan sedikit ucapan kepada kanak-kanak.Walaupun kanak-kanak mungkin ada yang belum faham apa yang diucapkan oleh guru besar tapi saya selaku guru prasekolah berasa bangga di atas ke prihatinan guru besar memberi perhatian kepada kanak-kanak prasekolah.Walaupun pada majlis ini diadakan sebenarnya guru besar ada mensyuarat di PPD tapi beliau sempat untuk bersama-sama dengan kanak-kanak.

Pada majlis ini juga kanak-kanak diberikan hadiah alat tulis yang disampaikan oleh guru besar.Dengan adanya hadiah tersebut besarlah harapan saya agar kanak-kanak ini suka dan minat untuk datang ke sekolah walaupun harganya tidak seberapa. 

@suria







Dalam minggu pertama persekolah prasekolah di SKPB Papar..seramai 22 orang murid mendaftar bersama penjaga masing2..Sibuk la kami melayan karenah murid2 dan juga penjaga yang mau membayar lah dan bertanya itu ini.. lumrah lah di awal musim persekolahan.. tentu ada yang kurang faham dan tugas kami untuk menerangkan apa yang kurang jelas...

Ibubapa di Pengalat Besar ni sporting2 belaka..tidak ada yang menunggu diluar bilik yang akan mengganggu fokus anak2 mereka dalam kelas.. 

Alhamdulillah tahun ini tidak ramai murid ku yang mengis dan meragam. dalam 2-3 orang saja dan.. menjelang ke hujung minggu semua murid2 ini sudah dapat menyesuaikan diri dengna keadaan di dalam bilik darjah prasekolah..3 murid lagi telah mendaftarkan diri dan jumlah keseluruhan yang mendaftar seramai 25 orang.. penuh sudah kouta..

@Suria











Pada 04 November 2009 Konvokesyen Prasekolah Daerah Papar telah diadakan di dewan masyarakat Papar.. Kebetulan pada masa yang sama, saya dan beberapa guru JU dari daerah papar telah mengikuti kursus kurikulum baru Prasekolah di Airport View Hotel selama 4 Hari

Pembantu Prasekolah saja yang mewakili saya iaitu Pn Noraihan Idris. Walaupun Raihan baru bertugas menggantikan Puan Masliza yang berpindah ke Keningau tapi dia dapat mengawal murid dengan baik. Dan majlis juga berjalan lancar dan selesai pada jam 12.30 tghari

@suria Juti