Followers

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Islamic Widget

Bulan Islam

Islamic Clock

Followers






Alhamdulillah, walaupun banyak halangan untuk mengadakan sambutan Hari Raya Prasekolah,akhirnya ianya berlangsung dengan jayanya.Namun majlis ini hanya dapat disambut dengan ringkas dan sederhana sahaja.

Terima kasih kepada semua ibubapa yang sentiasa memberikan kerjasama dan kepada Guru Besar serta kepada semua pihak yang menjayakan majlis  ini.

Antara aktiviti yang di jalankan:

a) persembahan nyanyian duet adik Iqwan dan Farah ( lagu Selamat Hari Raya )

b) pertandingan pakaian beragam (lelaki & perempuan)

c) pertandingan nyanyian berkumpulan

d) cabutan tiket bertuah kepada semua yang hadir







video

Bermula 1 Ogos , kanak-kanak sudah diajar menyanyikan lagu2 patriotik.Antaranya Jalur gemilang,Keranamu Malaysia dan 31 Ogos.Kanak2 begitu bersemangat menyanyikan lagi ini setiap hari sebelum memulakan aktiviti.Pada 30 Ogos kanak2 memberikan jalur gemilang dan mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada Guru Besar,guru-guru dan semua warga SKPB.Anak2 kita adalah harapan bangsa akan datang dan kita harus menyemai Semangat Cintakan Negara seawal usia 5-6 tahun.




















video














Tarikh : 20 Februari 2010

Tempat: Prasekolah SKPB Papar

Masa : 7:30-10:30 Pagi

Tujuan aktiviti gotong royong ini saya lakukan untuk mengerat kan sillaturrahim di antara ibu bapa dan guru (saya sendiri)..Maklumlah di tempat orang kena pandai membawa diri..aktiviti yang kami jalan kan pada hari tersebut ialah menanam pokok bunga dan jamuan ringan.. walaupun amat ringkas tapi meninggalkan kesan yang mendalam di hati masing2

@Suria






Kanak2 pasti teruja apabila kita menyelit kan pengajaran kita melalui lagu. Dalam pengajaran fonik BM saya saya mengajar kanak kanak ini dengan lagu mengikut rentak pop yeh yeh yang biasa kanak kanak dengar melalui radio.. lagu pop yeh yeh yang dinyanyikan oleh kumpulan ruffedge rasanya..Dengan cara ini kanak kanak akan lebih suka belajar dan kadang2 akan terdengar anak anak ini menyanyikan lagi ini walaupun bukan masa mengajar.. Ini bermaksud pelajaran ini sedikit sebanyak akan masuk dalam pemikiran mereka.. wallahualam


@Suria

Bacaan fonik amat berkesan kepada murid prasekolah.Saya telah mengaplikasikan dari tahun 2005 lagi.Setakat ini alhamdulillah murid saya boleh menguasai bacaan dengan baik.Oleh itu saya amat berbesar hati untuk berkongsi bacaan fonik dengan anda semua.Apa yang saya harapkan generasi kita boleh membaca seawal usia 5-6 tahun dalam BM / BI.

Walaubagaimanapun sebutan huruf dalam BM dan BI ada sedikit perbezaan.Saya masih belajar2 juga phonic BI.Sekiranya anda boleh berkongsi sama2 lah kita bertukar2 ilmu.Disini saya ingin berkongsi sedikit sebutan huruf peringkat awal.

BM -a (a-ayam), b(beh), c(ceh),d(deh),e(ee-emak,ee-epal),f(feh),g(geh),h(heh),i(i-ikan)sebutan dalam bunyi huruf bukan sebut huruf.

BI -a(a-apple),b(beh),c(keh),d(deh),e(eh),f(feh),g(geh),h(heh),i(ih)







Tarikh : 6 Februari 2010

Tempat : kelas Prasekolah

Masa : 8.00 pg -10.00 pg

Kursus fonik BM bersama ibubapa prasekolah skpb ini bertujuan supaya ibubapa dapat belajar bersama sama memahami fonik BM agar mereka dapat membimbing anak2 mereka di rumah kelak..InsyaAllah dengan bimbingan ibubapa dirumah dan cikgu disekolah saya berharap anak2 prasekolah dapat menguasai bacaan BM dalam masa kurang dari 8 bulan..

@SURIA

video

Anak-anak membezakan saiz besar dan kecil melalui warna hijau dan kuning.










































ni
Anak-anak boleh membentuk play doh untuk model "my father,my mother and I"
@suria